RSS

Bahasa Melayu

    Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,seperti menulis,berlari,berfikir dan tidur. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ,1994:238 ).
       Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008:88 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.
      Manakala terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007:78 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 150 ).  Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan ( Safiah Karim et al. 2008:150 ) manakala Ahmad Khair Mohd Nor mendefinisikan kata kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. ( Ahmad Khair 2007:78 ) . Kata kerja terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan. Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor ( 2007:105 ) menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh, kata ganda berentak,kata ganda separa. Ini sama juga dengan Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:222 ). Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994:252 ) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia berlaku pasa bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008:218 ).
        Dapatlah difahami bahawa kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

22 comments:

Chong Swee Lee said...

so nice,thanks for sharing.

ANG AI NEE said...

well done.

Siew Foo D20112052869 said...

Syabas, blog yang penuh dengan ilmu! Teruskan usaha.^^

ONG FANG TING said...

blogger cantik dan kreatif!

chan siew hong said...

menarik betul.

cheok beegeok said...

nice

thong poh yoon said...

nice blog

CenCen said...

Very nice... ^^

Jeff Ngu said...

Nice

liang wei lin said...

well done!

Claire Ngu said...

very good blog

Claire Ngu said...

nice song

Claire Ngu said...

and i love the leave fall down

Claire Ngu said...

We love autumn...

个人资料 said...

Blog yang baik dan nota yang berguna. Lagu blog anda pun sedap didengar :)

Chee Pei Yong D 20112056195 said...

nice blog !

STheng Lee said...

teruskan usaha kamu lagi.

TAN BEE GEE said...

Keep it up

Cikgu Leong said...

thanks for sharing

wong siewwan said...

satu blog yang amat baik.

Lee Yook Some said...

Well done!

Edward Teoh said...

Hi Alice...

kamu masih main Ping Pong??? kata kawan lama kamu dari KDU Sibu

Post a Comment